Monday, 14 March 2011

Damai Hati

Indahnya ku alami kasih yang tak bertepi
Damai jiwa yang kurasai,
Menghubung cinta yang abadi.
Yang kucari selama ini.

Denai liku yang kulalui,
Tak terasa jasad ini,
Bagaikan dikau ada disisi,
Menemani hidup ini.

Kekasihmu oh tuhanku,
Tiada banding bagiku,
Tirai kasih yang kau labuhkan,
Menhindari panas biasan

Dikau hadir bawa kebenaran,
Dikau pergi bersama harapan.
Dalam perjuangan kau jadikan taruhan,
Hidupmu kau gadaikan untuk iman.

Jenis-jenis Kesahan

  • Kesahan Kandungan 
  • Kesahan Semasa
  • Kesahan Ramalan
  • Kesahan Berkaitan Kriteria
  • Kesahan Konstruk
  • Kesahan Muka
1.Kesahan Kandungan

- Merujuk kepada objektif pengajaran yang jelas dan bahan-bahan pengajaran atau bidang pengjaran.
- Item ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur.

2.Kesahan Semasa
- Hubungkait antara skor dengan kumpulan pelajar berdasarkan kriteria tertentu.
- Ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendek.
- Skor ujian peperiksaan akhir tahun bagi sampel pelajar dibandingkan dengan jangkauan guru tentang kebolehan pelajar, misalnya matematik dalam peperiksaan SPM.

3.Kesahan Ramalan
-Ditentukan dengan menilai setepat mana ramalan yang dibuat (menggunakan instrumen) masa kini dapat disahkan daripada maklumat yang dikumpulkan pada masa hadapan.

4.Kesahan Berkaitan Kriteria
-Perbezaan antara kesahan semasa dengan kesahan ramalan bergantung kepada prosedur pentadbir ujian.

5.Kesahan Konstruk
-Sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur konstruk hipotetikal berkenaan dengan sifat semula jadi dan tingkah laku manusia, misalnya kecerdasan, kreativiti dan ketidaktentuan perasaan

6.Kesahan Muka
-Satu peringkat dimana ujian dilihat mengukur apa yang sepatutnya diukur.

Sunday, 13 March 2011

Konsep asas peperiksaan

Konsep asas peperiksaan:-

1. Pengujian
2. Pengukuran
3. Pentaksiran
4. Penilaian

Pengujian
- Bermaksud bahan yang ditulis tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji kemahiran bahasa.

Pengukuran
- Mendapatkan penjelasan secara numerik tentang hasil secara kuantitatif

Pentaksiran
- Proses mentafsir yang bercorak kualitatif berdasarkan jumlah pencapaian.

Penilaian
- Proses penilaian atau analisis hasil pengujian, pengukuran dan pentaksiran.